Latar belakang MMA:

http://eng.mma.ru/

http://en.wikipedia.org/wiki/Moscow_Medical_Academy



Tahun Pertama.:


Bagi saya, tahun pertama merupakan tahun yang agak mencabar bagi pelajar-pelajar di MMA. Mencabar di sini bukanlah dari pembelajaran tetapi adalah dari segi kehidupan seseorang pelajar itu sendiri dalam menguruskan masa masing-masing.


MMA telah menyediakan 3 hostel bagi pelajar-pelajar MMA yang mengambil jurusan perubatan English medium. Hostel yang dimaksudkan ialah Spartivnaya, Kahovskaya dan Pushkin.


Kebiaasaannya, pelajar-pelajar Pre-Medic, 1st year dan 2nd year akan ditempatkan di hostel Pushkin. Hostel Pushkin ini sebenarnya merupakan sebuah hostel milik institusi bahasa Russia, Pushkin Institute of the Russian Language.


Dari segi persekitaran, pushkin ini merupakan sebuah hostel yang selesa dan terjamin keselamatannya. Bangunan hostel ini terdiri daripada 14 tingkat. Pelajar-pelajar dari Malaysia kebanyakkannya ditempatkan di tingkat 7 dan 14. Terdapat dua jenis rumah atau block yang disediakan. Pertama, rumah yang mempunyai dua bilik bagi menempatkan lima orang penghuni. Bilik pertama yang saiznya lebih luas daripada bilik kedua menempatkan 3orang penghuni dan bilik yang kedua pula menempatkan 2orang penghuni. Setiap bilik telah dilengkapi dengan sebuah bilik air, sebuah peti ais bersaiz sederhana, sebatang penyangkut baju, sebuah almari dan meja tulis bagi setiap bilik dan sebuah katil bagi setiap orang penghuni. Selain itu, hostel ini juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lain seperti klinik, dobi, bar atau cafe, mesin top-up kredit handphone, common kitchen dan lain-lain. Satu common kitchen disediakan disediakan bagi setiap tingkat.


Namun, sehingga kini bilik-bilik para pelajar masih lagi tidak dilengkapi dengan kemudahan internet. Bagi para pelajar yang ingin mendapatkan kemudahan internet, mereka boleh mendapatkannya di cyber café yang terletak di tingkat 10 dengan bayaran sebanyak 50Ruble yang bersamaan dengan lebih kurang RM7 sejam. Di pushkin, pelajar tidak dibenarkan menggunakan barangan elektrik yang mempunyai Watt tinggi seperti heater.


MMA tidak mempunyai taman universiti yang khusus seperti universiti-universiti yang ada di Malaysia. Bagi pelajar tahun pertama, kebanyakan bangunan kelas terletak di bangunan yang terletak berhampiran stesen Metro Izmailovskaya. Namun, hanya bagi kelas Anatomi dan Histology sahaja yang terletak berhampiran stesen Metro Akhotni Ryad. Perjalanan dari pushkin ke metro Izmailovskaya memerlukan masa lebih kurang dalam 1 jam 30 minit dengan menaiki bas dan metro. Masa perjalanan ini juga bergantung pada masa yang diambil untuk menunggu bas. Bagi ke Stesen Metro Akhotni Ryad pula memerlukan masa lebih kurang 40 minit sahaja. Stesen Metro yang berhampiran dengan pushkin seperto stesen Metro Yugo-Zapadnaya, Kaluzhskaya dan Belaevo.







Di MMA para pelajar dibahagikan kepada beberapa group. Satu group merangkumi lebih kurang 7 orang. Kemudian, dua group digabungkan menjadi satu kelas. Maka, hampir semua subjek para pelajar akan belajar bersama-sama tetapi kadang kala berpecah bagi sesetengah subjek yang memerlukan lebih tumpuan.


Terdapat beberapa subjek yang dipelajari semasa tahun pertama:


1st Semester:

Biology (2semesters)

Physic (2semesters)

Anatomy (3semesters)

Latin Language (2semesters)

Russian Language (2semesters)

General Chemistry (2semesters)

Bioorganic Chemistry (1semester)


2nd Semester:

Biology (2semesters)

Physic (2semesters)

Anatomy (3semesters)

Latin Language (2semesters)

Russian Language (2semesters)

General Chemistry (2semesters)

Histology (2semesters)



Peperiksaan kecil atau “control” atau yang lebih mirip seakan “tutorial” di Malaysia kerap diadakan setiap kali tamatnya setiap topic pembelajaran bagi setiap subjek. Namun, ia masih bergantung kepada lecturer kumpulan masing-masing. Colloqium pula merupakan peperiksaan yang agak besar dan merangkumi beberapa topic pembelajaran bagi setiap subjek. Markah control dan colloqium sangat penting kerana dikumpul dan dijumlahkan bersama markah final exam. oleh iu, markah terkumpul sepanjang pembelajaran ini sangat mempengaruhi grade keputusan final exam tetapi tidak semua subjek mengamalkan sistem carry marks ini seperti subjek Anatomy. Terdapat juga sistem “aftomat” di mana para pelajar yang layak mendapat aftomat tidak perlu menduduki final exam.Kemudian, sistem peperiksaan di MMA mengelaskan keputusan melalui 5 grade iaitu:


1 = Fail

2 = Fail

3 = Sastifactory

4 = Good

5 = Excellent







1 comments

  1. Unknown  

    tQ 4 d info... MMA nie sma ka dengan Moscow state Medical university?

Post a Comment

 
Serenity Blogger Template