Berakhir sudah perdebatan bersejarah yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur pada 15 julai 2008. Semoga debat antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek yang berlangsung selama sejam ini terkesan menjadi satu pendedahan dan titik permulaan yang baik bagi rakyat negara Malaysia dalam menyuarakan pendapat masing-masing. Berdebat dengan tujuan untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan. Bukannya untuk saling bertikam lidah. Tidak perlulah beramai-ramai berkumpul secara haram dan melakukan huru-hara semata-mata mengikut kepuasan diri sendiri serta saling menuding jari dan mengkambinghitamkan sesama sendiri. Marilah kita bersama-sama bekerja demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. Good luck Malaysia!


nota: foto diambil dari http://www.malaysiakini.com/news/86174


0 comments

Post a Comment

 
Serenity Blogger Template