Di bandaraya shah alam ini masih lagi kedengaran ayam bersahut-sahutan berkokok menandakan subuh 12 oktober sudah melabuhkan tirai paginya. Aku sendiri tidak pasti dari mana datangnya ayam-ayam yang berkokok itu. Namun, beginilah suasana setiap pagi di seksyen 17 shah alam. Hari ini tidak seperti hari-hari yang lain. Aku sendiri tidak pasti apakah perasaan yang menyelubungi diri aku ni. Gembira, sedih, gementar, takut.. semuanya ada dan bercampur-aduk.


“Ding..!” Jam dinding berbunyi skali sahaja menunjukkan tepat pukul 6.30 pagi. Mematahkan aku dari terus dibuai lena.

“hmm.. tinggal beberapa jam je lagi ni. Camner la aku nk manfaatkan waktu-waktu yang ade ni dgn sebaik-baiknye..” aku bermonolog sendirian.


Lebih jelasnya, aku akan bertolak ke Moscow pada jam 11 malam ini setelah flightku pada 23 September dibatalkan. Hidup berjauhan dengan keluarga bukanlah sesuatu yang baru bagi diri aku. Namun, kali ini berlainan. Bukan seperti 5 tahun di MRSM dulu, hujung bulan boleh pulang ke rumah berjumpa dengan keluarga yang tercinta. Kurang-kurang pun dua hari.


Russia? Russian? Sememangnya sebuah Negara dan warganegara yang amat asing bagi diri aku. Sedikit sebanyak, ada la juga sedikit ilmu yang menjadi bekalan hasil belajar selama dua bulan lebih di INTEC yang sememangnya merupakan tempoh yang agak singkat bagi mempelajari bahasa dan kebudayaan Negara asing itu. Namun, banyak juga perkara yang dapat dipelajari semasa berada di INTEC. Bukan sahaja mengenai bahasa dan kebudayaan bahasa Russia, tetapi kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang lebih bermakna. Sekurang-kurangnya, bolehlah aku gunakan sebagai bekalan untuk menghadapi hari-hari yang bakal aku hadapi di Russia nanti.


Jam menunjukkan sudah pukul 1 pm. Lama juga masa yang aku ambil untuk mengemas semua barang. Setelah berulangkali menyemak checklist, akhirnya aku berasa puas hati dan confident barangkali semua keperluan telah aku kemas bersama. Yang paling penting, passport, visa dan maklumat pendaftaran kemasukkan ke universiti. Semuanya aku masukkan ke dalam beg notebook aku. Sekarang semua benda telah aku anggap settle. Cuma nak tunggu masa je bertolak ke KLIA.


Apa yang mendebarkan aku, bertolak ke sana ni bukanlah seperti rakan-rakan yang lain yang bertolak dalam kumpulan yang lebih menyeronokkan dan keselamatan juga lebih terjamin. Kali ini, aku hanya berdua. Bersama rakanku, Baqi. Mengikut tarikh yang sebenarnya, aku dijadualkan bertolak ke Moscow pada 23 September. Namun, sehari sebelum itu aku dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bahawa penerbanganku dibatalkan dan ditangguhkan atas sebab masalah visa. Setelah mendapat penjelasan daripada pihak KNS, pada hakikatnya aku tidak mempunyai sebarang masalah pada visa dan passport. Aku hanya diminta menemani rakanku itu. Tidak mungkin pihak KNS akan membiarkan dia bertolak seorang diri dari Kuala Lumpur sehingga ke Moscow. Oleh itu, aku pun bersetuju untuk menemaninya walaupun menyebabkan kelewatan hampir dua minggu dari tempoh pendaftaran yang sebenar. Barangkali, semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Serahkan semuanya kepada ketentuan Allah SWT.


Yang agak menyegankan, aku terpaksa menghubungi kembali rakan-rakan sekolahku yang telah berancang untuk ke KLIA untuk menghantar aku bagi memaklumkan yang penerbanganku telah dibatalkan.


Sedar tidak sedar, azan maghrib sudahpun berkumandang. Menandakan sudah tibanya waktu berbuka puasa. Berbuka puasa bersama keluarga buat kali terakhir pada tahun ini. Walaupun banyak juadah yang menyelerakan tetapi aku tidak berselera untuk menikmatinya kerana perasaan yang sudah bercampur aduk ini. Makan pun sekadar hendak mengalas perut sahaja. Tambahan pula terpaksa mengejar waktu untuk ke KLIA. Jam sudah menunjukkan lebih kurang pukul 7.30pm dan aku dikehendaki berada di KLIA pada pukul 9.30pm untuk menyelesaikan segala urusan dahulu bersama pihak KNS. Namun, aku masih berada di rumah lagi.


Lebih kurang hampil pukul 9.30pm, aku dan keluargaku pun tiba di KLIA. Kelihatan Puan Helwa dan Puan Asmah dari KNS dan Baqi serta keluaganya sudahpun tiba di KLIA. Tidak sampai 1 jam rasanya, semua urusan bersama check in KNS dan dah selesai. Sekarang, hanya menunggu masa untuk berlepas ke Frankfurt (airport CDG) yang telah dijadualkan dalam tiket kami berlepas pada pukul 11.45pm. dari Frankfurt, selepas transit selama 7 jam baru kami bertolak pula ke airport Sheremetyevo di Moscow.


Waktu yang ada ini aku manfaatkan untuk bersama keluarga dan dua orang rakanku iatu Fikry dan Akmal yang turut bersama menghantarku. Setelah bersalaman, kami pun berlalu untuk berlepas. Nasihat dari mak, abah dan keluarga akan senantiasa aku ingat sebagai panduan hidupku. Lebih kurang jam 11.45pm, flight kami pun berlepas.






Setibanya kami di Frankfurt, kami disambut oleh En.Ruslan selaku pegawai MARA yang bertugas di Frankfurt. Nasi lemak di dalam flight MAS tadi cukup la sekadar nak mengalas perut sepanjang menunggu flight seterusnya ke Moscow. Huhh.. Tujuh jam. sememangnya lama. Perkara pertama yang aku lakukan ialah call parents kat rumah bagi memaklumkan yang aku telah selamat tiba di airport CDG agar mereka tidak risau. Selepas selesai segala perkara yang penting aku sudah mula berasa bosan. Bosannya.. sampaikan dah tak tau apa yang nak dilakukan. Tambahan pula coverage wifi kat airport CDG ni pula asyik terganggu. Kalau nak meronda-ronda di dalam airport, telah habis ku ronda. Selagi ada kawasan yang dibenarkan orang awam masuk. Semua aku dah masuk. Jadi, masa yang ada ni aku gunakan untuk berbual-bual dengan En. Ruslan dan isterinya. Setelah berbual-bual, barulah aku tahu yang En.ruslan ni tidak tahu berbahasa german rupanya. Walaupun perkataan yang simple. Agak kelakar juga aku mendengarnya. Sudah lebih 2 tahun berada di sana. Sungguh aneh. Barangkali, mungkin kerana situasi dan persekitaran tempat kerjanya yang menggunakan Bahasa Inggeris. Secara ikhlasnya, di sini aku bukan nak mengutuk atau mengumpat. Sekadar nak menyatakan rasa aneh. Isterinya juga merupakan seorang yang peramah. Sempat kami bersembang mengenai pandangannya belajar medic di Russia. Mengikut katanya, pihak MARA dan JPA sendiri masih mengkaji sejauh mana bagus dan cemerlangnya bakal-bakal doctor yang pulang dari Russia ini. Setakat ini belum ada batch yang dah graduate. Yang terdekat pun, 1st batch yang akan graduate pada pertengahan tahun 2008 nanti. Tambahnya pula, pihak MARA dan JPA akan menghentikan penghantaran pelajar-pelajar tajaan mereka ke Russia buat sementara waktu. Mereka bercadang untuk mula menghantar pelajar ke Romania pula. Namun, hal ini masih dalam peringkat perbincangan lagi.







Tujuh jam yang agak membosankan sudahpun berlalu. Sekarang tibanya waktu unutk kami meneruskan perjalanan ke Moscow dengan menaiki airline Aeroflot. Sememangnya sebuah syarikat penerbangan yang gah pada namanya. Apa tidaknya, Aeroflot ni pernah menjadi syarikat penerbangan terbesar di dunia pada tahun 1976 dengan membawa lebih seratus juta orang pada pertama kalinya setelah lahir pada tahun 1923 dengan nama Dobrolet. Namun, impression aku terhadap syarikat pesawat ini telah goyah selepas menaikinya. Huhu.. Sungguh antic pesawat ini. Tak ubah macam pesawat perang Soviet. Cukuplah setakat ini aku uraikan tentang pesawat ini. Mungkin juga ini hanya untuk penumpang kos rendah.


Akhirnya, tiba waktu berbuka puasa. Kami hanya berbuka di dalam flight dengan fillet, roti dan jus. Itu sahaja yang halal. Tak mengapalah kerana tidak sampai setengah jam lagi kami akan tiba di Moscow. Lebih kurang jam 7pm waktu Moscow kami pun tiba di airport Sheremetyevo. Waa.. angin sejuk Moscow sudah mula masuk ke dalam blazer aku. Suhu autumn ni memang sangat selesa dan nyaman. Setibanya di pintu masuk airport, aku agak terkejut. Inikah yang diakatakan airport.. Airportnya ala-ala zaman perang dunia kedua dulu. Tapi, usah biarkan perkara ini meracuni pemikiran aku tentang kehidupan sebagai seorang pelajar di Moscow. Ini hanyalah airport. Bukannya aku nak tidur di sini pun. Jadi, tak usah gusar cantik ke, buruk ke airport ni. Selepas itu, kelihatan seorang wanita Melayu berdiri di gate immigration. Sudah tentunya ini pegawai JPA dari embassy Malaysia. Syukur.. Alhamdulillah.. tidaklah kami terkapar-kapar nanti. Urusan pelepasan immigration sahaja sudah mengambil lebih satu jam tak silap aku. Ketat sungguh pengawalan masuk ke dalam Russia ni. Apa yang aku tak puas hati, mereka telah melabelkan seolah-olah orang yang beragama islam ini sebagai terrorist. Apatah lagi yang berjanggut dan berjambang. Lagi susah nak lepas.


Dengan menaiki van Mercedes kami bersama-sama dengan Pn. Adawiyah, pegawai JPA menuju ke Mc.Donald di MEGA untuk mengisi perut. Dengan ini, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar perubatan di Russia. Sedangpun, pada hakikatnya masa itu aku masih lagi belum mendaftar hostel dan di dekanat MMA.. Alhamdulillah..

0 comments

Post a Comment

 
Serenity Blogger Template