Sekejapnye mase ni berlalu kan.. sedar-sedar saje esok dah raye rupenye. Bulan ramadhan telah pun berlalu. Bubye Ramadhan.. Seperkara yang menyedihkan aku adalah tidak dapat menunaikan janji aku pada diri sendiri untuk melalui Ramadhan ni dengan sebaik-baiknya. Kesibukan dalam menguruskan segala urusan asrama yang mengambil masa selame 2 minggu membuatkan aku sehingga terpaksa meninggalkan kelas-kelas barangkali bukanlah satu alasan yang kukuh untuk aku berkata sedemikian. Tidak mengapalah, yang penting aku masih berazam untuk menjalani bulan Ramadhan yang akan mendatang dengan sebaik-baiknya sekiranya jasad ini masih bernyawa. Yang keduanya, pada hari raya pertama aidilfitri ini aku ade test physiology lah pulak. So, tak dapat lah nak semayang sunat raya kat embassy esok. Doakan ye..


Wokeh, Selamat tinggal Ramadhan..

Selamat datang Syawal..

Kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia, selamat berpuase pada esok hari. Selamat hari raye aidilfitri. Maaf zahir dan batin.. :-)



 
Serenity Blogger Template