
Berakhir sudah perdebatan bersejarah yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di
nota: foto diambil dari http://www.malaysiakini.com/news/86174
Di bandaraya shah alam ini masih lagi kedengaran ayam bersahut-sahutan berkokok menandakan subuh 12 oktober sudah melabuhkan tirai paginya. Aku sendiri tidak pasti dari mana datangnya ayam-ayam yang berkokok itu. Namun, beginilah suasana setiap pagi di seksyen 17 shah alam. Hari ini tidak seperti hari-hari yang lain. Aku sendiri tidak pasti apakah perasaan yang menyelubungi diri aku ni. Gembira, sedih, gementar, takut.. semuanya ada dan bercampur-aduk.
“Ding..!” Jam dinding berbunyi skali sahaja menunjukkan tepat pukul 6.30 pagi. Mematahkan aku dari terus dibuai lena.
“hmm.. tinggal beberapa jam je lagi ni. Camner la aku nk manfaatkan waktu-waktu yang ade ni dgn sebaik-baiknye..” aku bermonolog sendirian.
Lebih jelasnya, aku akan bertolak ke
Jam menunjukkan sudah pukul 1 pm. Lama juga masa yang aku ambil untuk mengemas semua barang. Setelah berulangkali menyemak checklist, akhirnya aku berasa puas hati dan confident barangkali semua keperluan telah aku kemas bersama. Yang paling penting, passport, visa dan maklumat pendaftaran kemasukkan ke universiti. Semuanya aku masukkan ke dalam beg notebook aku. Sekarang semua benda telah aku anggap settle. Cuma nak tunggu masa je bertolak ke KLIA.
Apa yang mendebarkan aku, bertolak ke
Yang agak menyegankan, aku terpaksa menghubungi kembali rakan-rakan sekolahku yang telah berancang untuk ke KLIA untuk menghantar aku bagi memaklumkan yang penerbanganku telah dibatalkan.
Sedar tidak sedar, azan maghrib sudahpun berkumandang. Menandakan sudah tibanya waktu berbuka puasa. Berbuka puasa bersama keluarga buat kali terakhir pada tahun ini. Walaupun banyak juadah yang menyelerakan tetapi aku tidak berselera untuk menikmatinya kerana perasaan yang sudah bercampur aduk ini. Makan pun sekadar hendak mengalas perut sahaja. Tambahan pula terpaksa mengejar waktu untuk ke KLIA. Jam sudah menunjukkan lebih kurang pukul 7.30pm dan aku dikehendaki berada di KLIA pada pukul 9.30pm untuk menyelesaikan segala urusan dahulu bersama pihak KNS. Namun, aku masih berada di rumah lagi.
Lebih kurang hampil pukul 9.30pm, aku dan keluargaku pun tiba di KLIA. Kelihatan Puan Helwa dan Puan Asmah dari KNS dan Baqi serta keluaganya sudahpun tiba di KLIA. Tidak sampai 1 jam rasanya, semua urusan bersama check in KNS dan dah selesai. Sekarang, hanya menunggu masa untuk berlepas ke
Waktu yang ada ini aku manfaatkan untuk bersama keluarga dan dua orang rakanku iatu Fikry dan Akmal yang turut bersama menghantarku. Setelah bersalaman, kami pun berlalu untuk berlepas. Nasihat dari mak, abah dan keluarga akan senantiasa aku ingat sebagai panduan hidupku. Lebih kurang jam 11.45pm, flight kami pun berlepas.
Setibanya kami di Frankfurt, kami disambut oleh En.Ruslan selaku pegawai MARA yang bertugas di
Tujuh jam yang agak membosankan sudahpun berlalu. Sekarang tibanya waktu unutk kami meneruskan perjalanan ke
Akhirnya, tiba waktu berbuka puasa. Kami hanya berbuka di dalam flight dengan fillet, roti dan jus. Itu sahaja yang halal. Tak mengapalah kerana tidak sampai setengah jam lagi kami akan tiba di Moscow. Lebih kurang jam 7pm waktu
Dengan menaiki van Mercedes kami bersama-sama dengan Pn. Adawiyah, pegawai JPA menuju ke Mc.Donald di MEGA untuk mengisi perut. Dengan ini, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar perubatan di
Latar belakang MMA:
http://en.wikipedia.org/wiki/Moscow_Medical_Academy
Tahun Pertama.:
Bagi saya, tahun pertama merupakan tahun yang agak mencabar bagi pelajar-pelajar di MMA. Mencabar di sini bukanlah dari pembelajaran tetapi adalah dari segi kehidupan seseorang pelajar itu sendiri dalam menguruskan masa masing-masing.
MMA telah menyediakan 3 hostel bagi pelajar-pelajar MMA yang mengambil jurusan perubatan English medium. Hostel yang dimaksudkan ialah Spartivnaya, Kahovskaya dan Pushkin.
Kebiaasaannya, pelajar-pelajar Pre-Medic, 1st year dan 2nd year akan ditempatkan di hostel Pushkin. Hostel Pushkin ini sebenarnya merupakan sebuah hostel milik institusi bahasa Russia, Pushkin Institute of the Russian Language.
Dari segi persekitaran, pushkin ini merupakan sebuah hostel yang selesa dan terjamin keselamatannya. Bangunan hostel ini terdiri daripada 14 tingkat. Pelajar-pelajar dari
Namun, sehingga kini bilik-bilik para pelajar masih lagi tidak dilengkapi dengan kemudahan internet. Bagi para pelajar yang ingin mendapatkan kemudahan internet, mereka boleh mendapatkannya di cyber café yang terletak di tingkat 10 dengan bayaran sebanyak 50Ruble yang bersamaan dengan lebih kurang RM7 sejam. Di pushkin, pelajar tidak dibenarkan menggunakan barangan elektrik yang mempunyai Watt tinggi seperti heater.
MMA tidak mempunyai taman universiti yang khusus seperti universiti-universiti yang ada di
Di MMA para pelajar dibahagikan kepada beberapa group. Satu group merangkumi lebih kurang 7 orang. Kemudian, dua group digabungkan menjadi satu kelas. Maka, hampir semua subjek para pelajar akan belajar bersama-sama tetapi kadang kala berpecah bagi sesetengah subjek yang memerlukan lebih tumpuan.
Terdapat beberapa subjek yang dipelajari semasa tahun pertama:
1st Semester:
Biology (2semesters)
Physic (2semesters)
Anatomy (3semesters)
Latin Language (2semesters)
Russian Language (2semesters)
General Chemistry (2semesters)
Bioorganic Chemistry (1semester)
2nd Semester:
Biology (2semesters)
Physic (2semesters)
Anatomy (3semesters)
Latin Language (2semesters)
Russian Language (2semesters)
General Chemistry (2semesters)
Histology (2semesters)
Peperiksaan kecil atau “control” atau yang lebih mirip seakan “tutorial” di Malaysia kerap diadakan setiap kali tamatnya setiap topic pembelajaran bagi setiap subjek. Namun, ia masih bergantung kepada lecturer kumpulan masing-masing. Colloqium pula merupakan peperiksaan yang agak besar dan merangkumi beberapa topic pembelajaran bagi setiap subjek. Markah control dan colloqium sangat penting kerana dikumpul dan dijumlahkan bersama markah final exam. oleh iu, markah terkumpul sepanjang pembelajaran ini sangat mempengaruhi grade keputusan final exam tetapi tidak semua subjek mengamalkan sistem carry marks ini seperti subjek Anatomy. Terdapat juga sistem “aftomat” di mana para pelajar yang layak mendapat aftomat tidak perlu menduduki final exam.Kemudian, sistem peperiksaan di MMA mengelaskan keputusan melalui 5 grade iaitu:
1 = Fail
2 = Fail
3 = Sastifactory
4 = Good
5 = Excellent
PERTANDINGAN ESEI INTEGRITI
TEMPAT KETIGA (2006)
WAN HASIFI AMIN BIN WAN ZAIDON
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU
PERANAN RUKUN NEGARA DAPAT MEMBENTUK WARGA BERINTEGRITI
“…Saya menyeru warga Malaysia berusaha bersama saya memperkukuhkan perpaduan nasional. Kita harus mempertahankan dan meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin dalam kalangan warga yag berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Kita harus terus istiqamah dalam membina satu kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran Negara Malaysia, berlandaskan segala keistimewaan yang terkandung dari pelbagai budaya. Kita hendaklah terus menghargai semangat toleransi dan saling menghormati yang menjadi penentu kepada kedamaian dan perdaduan yang kita capai…”.
Begitulah ungkapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia yang kelima dalam merealisasikan sebuah ideologi yang bergelar Rukun Negara. Prinsip-prinsip kehidupan, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaaan, ekonomi, politik dan perundangan senantiasa menjadi inti sari dalam ideologi ini berikutan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, dengan rasminya tertubuhlah Majlis Perundingan Negara oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Mesyuarat pertamanya pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah merumuskan agar satu ideologi nergara yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum dibentuk. Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-Empat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.
Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti.
Perkataan warga menurut kamus Dewan edisi ke-Empat boleh didefinisikan secara amnya sebagai ahli dalam sesebuah institusi kemasyarakatan manakala integriti bererti sempurna atau keadaan sempurna dan utuh. Integrasi dua gagasan kata ini dapat disimpulkan sebagai sebuah masayarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan dtunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Menyentuh kepada perihal ini, prinsip kepercayaan kepada tuhan telah digariskan sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Melalui kepercayaan beragama inilah menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat. Secara rasminya, agama Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram walau di mana bahagian dalam Persekutuan dan tindakan amalan diskriminasi berasaskan alasan perbezaan agama ditegah sama sekali. Justeru, dapat melahirkan warga yang pegangannya selari dengan salah satu objektif khusus Pelan Integriti Nasional (PIN) iaitu menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
Sistem demokrasi berpalimen dan raja berpelembagaan dengan seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara dan lambang perpaduan rakyat merupakan corak system pemerintahan di Malaysia. Sehubungan itu, kesetiaan kepada raja dan negara telah digariskan sebagai prinsip kedua dalam Rukun Negara. Seterusnya, dapat membentuk masyarakat yang menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada raja dan negara.
Prinsip ketiga adalah keluhuran perlembagaan negara yang merupakan undang-undang tertinggi bagi melahirkan warganegara yang menghindari gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta mempunyai tahap kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat yang tinggi. Setelah bermusyawarah dan mendapat sebulat suara daripada semua kaum dan pihak perlembagaan ini yang merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak digubal.
Kedaulatan undang-undang mepupakan prinsip keempat Rukun Negara. “Ada batang mati, ada cendawan tumbuh”. Tanpa undang-undang, hidup bernegara akan menjadi kucar-kacir. Undang-undang dapat menjamin kehidupan anggota masyarakat agar bergerak dengan licin dan teratur seterusnya dapat melahirkan warganegara yang berdisiplin dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku masyarakat untuk membentuk negara yang “airnya jernih, ikannya jinak” yakni bersopan santun dan bersusila sejajar dengan kempen Budi Bahasa dan NIlai Murni.
Dalam membentuk warga yang berintegriti iaitu seimbang dan harmonis yang tiada cacat celanya, dengan sebulat suara rakyat Malaysia menggariskan beberapa objektif yang ingin dibentuk.
Antaranya dengan mencapai perpaduan yang lebih erat, yakni semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara yang warganya sentiasa menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan keperccayaan masing-masing. Dasar pecah dan perintrah kerajaan kolonial British jelas meninggalkan impak yang besar kerana wujudnya jurang dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Namun, dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah sekaligus memupuk semangat perpaduan yang lebih erat lagi. Bak kata pujangga Melayu, “seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya”, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah”, “bagai aur dengan tebing” jelas menggambarkan nilai bersatu-padu dalam kehidupan. Tanpa Rukun Negara ini, nescaya wujudlah komuniti masyarakat yang tidak aman sekaligus evasif, yakni bersikap “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dalam diri masyarakat madani yang tidak berintegriti.
“Bulat air kerana pembentung, bulat kata oleh muafakat”. Begitulah peribahasa Melayu yang dapat menggambarkan memelihara cara hidup demokratik sudahpun menjadi dogma yang dipegang teguh oleh rakyat Malaysia melalu Rukun Negara yang menjadi wahana perdananya. Kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik rakyat Malaysia senantiasa dijamin oleh Perlembagaan Negara asalkan tidak bersikap seperti “ada tangga, hendak memanjat tiang”. Kendatipun begitu, hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar semangat perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi. Perihal ini akan melahirkan warga yang senantiasa mengutamakan kepentingan negara lebih berbanding kepentingan sesuatu kaum atau pihak bagi mengelakkan keselamatan dan kestabilan Negara daripada terancam.
Mencipta satu masyarakat yang adil, yakni masyarakat yang bersama-sama menikmati kekayaan negara dan bebas daripada penindasan dan cengkaman daripada pihak-pihak yang lain serta segala yang berlaku bak “air yang jernih, sayak yang landai” merupakan salah satu peranan dominan ideologi negara ini dalam membentuk warga berintegriti. Melalui Dasar Pensyarikatan Malaysia yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-Empat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1983 dapat mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta agar kekayaan negara dapat dibahagikan dan dinikmati dengan adil dan saksama. Selain itu, bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang lemah akan dibantu agar mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju.
Warga yang bersikap liberal adalah warga berintegriti. Warga ini bebas mengamalkan doktrin yang terkandung dalam ajaran agama, adab resam dan kebudayaan masing-masing. Negara kita sesungguhnya yang kaya dengan budaya dan adab resam yang diamalkan oleh masyarakat madani yang terdiri daripada pelbagai kaum. Namun, perihal ini bukanlah menjadi satu aspirasi kepada berlakunya pertelingkahan dan permusuhan kaum. Malah, perbezaan ini sentiasa diambil dan diterapkan dalam diri anggota masyarakat agar keadaan yang berlainan kebudayaan ini boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan Negara Malaysia.
Arus globalisasi tanpa limitasi dalam marcapada kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begiru drastik dan ekstrim sekali dengan pelbagai ledakan sains dan teknologi dalam era globalisasi. Justeru, menjadi satu tanggungjawab dalam membentuk sebuah masyarakat yang berprogresif iaitu sebuah masyakat yang menuju perbaikan atau kemajuan. Merujuk konteks ini, masyarakat progresif merupakan satu masyarakat yang bergerak sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya menjadikan Malaysia sebuah Negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Namun, kemajuan tersebut adalah kemajuan sebuah warga yang tidak pernah tergelincir daripada landasan keagamaan dan nilai-nilai ketuhanan.
Rangkap ke-Sebelas dalam Syair Jong Pecah karya Adibah Amin yang dipetik dari buku Antologi Kerusi menggambarkan penyair berdoa kepada tuhan agar bangsanya senantiasa bersatu-padu dan tidak tergelincir daripada landasan agama jelas sekali memaparkan betapa pentingnya nilai perpaduan dipupuk dalam diri seseorang individu. Begitu juga tidak kurang pentingnya pembangunan diri secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ya illahi Tuhan yang Rahman,
Teguhkan bangsaku dalam iman,
Ke arah perpaduan berikat pedoman,
Agar sejahtera zaman-berzaman.
Akhirulkalam, perpaduan kaum merupakan satu tunjang utama dalam usaha membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi jasmani, rohani dan inteleknya. Rukun Negara ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dapat menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup drngan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.
Rukun Negara wadah penjanaan warga berintegriti.
1291 patah perkataan