PROJECT 60
6 years ago
Salam Ramadhan Al Mubarak diucapkan kepada seisi keluargaku dan sahabat-sahabatku. Ermm.. Cepat betul masa berlalu. 2 September ini bermulalah kembali perjalanan dan kehidupan aku sebagai seorang pelajar di Moscow. Walaupun kelas di Moscow bermula pada tanggal 1 September, tetapi sengaja aku menempah tiket pulang ke sana pada 2 September. Semuanya hanya kerana ingin meyambut ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini di sisi keluargaku yang tercinta. Dengan kesempatan ini, ingin aku menyeru marilah kita bersama saling bermaafan dan melakukan amalan yang diredhai dan diberkati-NYA bagi menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.Salam Ramadhan Al Mubarak…
September 8, 2008 at 4:34 PM
selamat berpuasa di perantauan cipi..~
raye ko balik malaysia x??